Sunday, February 20, 2011

Janganlah buat orang yang mencintaimu kecewa....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta inginmengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Saturday, February 19, 2011

Allahamdulillah...aku masih bernafas....

Aku amat bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberi kesempatan untuk aku hidup pada hari ini.Pagi tadi dalam perjalanan dari rumah menuju ke pejabat, keretaku hampir terbabas diatas divider jalan.Kejadian itu berlaku berhadapan dengan Sekolah Rendah Bukit Perah, Ajil.Aku memandu laju di lorong kanan jalan, secara tiba-tiba kereta Proton Saga yang berada di sebelah kiri menghimpit kereta aku.Nasib baik aku sempat mengawal stereng kereta aku.Kalau tidak dah terbabas la jawabnya.Aku amat bersyukur kerana terselamat dari perkara yang tidak diingini berlaku ke atas diriku.....AMIN.....

Pentingkah BMI menentukan berat badan yang ideal????

Hmmm tak jugak. Tidak menjadi masalah untuk mengetahui nilai BMI. Tapi adakah anda berpuas hati sekiranya BMI anda dalam kategori normal? Perasaan "puas hati" itu datang daripada kita sendiri. Perlukah anda mengira BMI untuk mengenalpasti bahawa anda sebenarnya obes? Saya rasa tak perlu BMI. Tengok cermin pun dah tahu. Bagi saya, BMI adalah beberapa kekurangkan:
  1. Bentuk Badan: Bagi mereka yang berbadan "stocky" secara automatik akan mempunyai BMI yang tinggi. "Berat" dalam pengiraan BMI tidak membezakan lemak & otot. Contoh: ahli bina badan akan mempunyai nilai BMI yang tinggi walaupun mereka kelihatan fit and sihat.
  2. Struktur Tulang: Sesetengah orang mempunyai rangka tulang yang besar dan padat. So of couse nila BMI mereka lebih tinggi.
  3. Menilai tahap fitness: Patutkah anda lega sekiranya nilai BMI anda "normal". Hmmm...anda sendiri kena jawap soalan itu tetapi BMI tidak dapat menilai your tahab kecergasan dan kesihatan anda.

Jadi apakah berat badan yang ideal?

Baiklah, bagi saya andalah penentu berat badan anda yang sesuai. Bukan saya, bukan BMI! Yang penting adalah kegembiraan dan kepuasan masing-masing. Kalau anda rasa gembira dengan rupa diri anda, tidak perlu rujuk kepada BMI atau sesiapa.
Hanya perlu buka baju dan cermin diri sendiri. Mungkin anda rasa perlu kurangkan berat. Mungkin anda rasa perlu kempiskan peha. Itu yang penting. Tengok bahagian mana yang anda ingin kurang mahupun tambahkan. Tak kiralah. 1kg ke 10kg. Dan andaikata anda berjaya kurangkan, sekali lagi tengok cermin dan menilai. Ini adalah proses yang berterusan. Lagi-lagi apabila manusia tidak pernah berpuas hati :)

Friday, February 18, 2011

Sixth sense-cinta matiku lirik



" bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah,tapi untuk dicintai oleh orang yang dicintai itulah yang sukar diperoleh "

Wednesday, February 16, 2011

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Second cake for my birthday.Thanks Ayahba...




WAWA DAN KAK CHAH

My birthday celebration 4 Julai...22 tahun (2010)





Thanks kepada kawan-kawan yang bagi suprise kek birthday nie... syidah, Wanie, Kak Ma, Pian...thanks a lot... Love you all.....



BLACK FOREST CAKE!!!!!



Saya lah tue..yang sedang memotong kek..hihi

Aidilfitri bersama anak-anak yatim Darul Falah anjuran Kelab Sukan MARA Negeri Terengganu (KESUMAT)

AHLI-AHLI KELAB KESUMAT


MY COUSIN KAK IDA AND ME

SYIDAH AND ME

ONE MORE...

KAK WAN ZAIDAH AND ME



Sambutan Majlis Hari Raya 2010

Sambutan Majlis Hari Raya di perkarangan Pejabat MARA Negeri Terengganu......

Kaki siapakah ini?????????? cuba teka....

Wanie dan Wawa

Wawa dan Kak Ma

Bersama rakan-rakan

Tunggu siapa tu???

Tuesday, February 15, 2011

Melancong di Kota Jakarta dan Bandung

Pada pertengahan tahun 2010 saya telah melancong ke Jakarta dan juga Bandung bersama-sama ibu yang tersayang.Kami bertolak dari KLIA dan tiba di Lapangan Terbang Soekarno, Indonesia dan setibanya di Jakarta kami disambut oleh Pak Agus, pemandu pelancong kami, ketika kami berada disana.Kami pergi kesana selama 5 hari 4 malam.Kota Jakarta amat sesak dengan kepadatan penduduk yang amat tinggi.Perjalanan dari Kota Jakarta ke Bandung memakan masa selama 8jam dengan menaiki bas.Bandung salah satu tempat peranginan dan udaranya sangat sejuk.Disini saya upload gambar untuk tatapan kawan-kawan semasa berada disana.....

Tangkuban Perahu, West Java

Kawasan Gunung Berapi

Taman Wisata Alam, Tangkuban Perahu




Kedai Batik Eksklusif di Bandung

Bersama rakan-rakan MARA HQ, MARA K.Terengganu dan IKM

Me bersama Ayahba

Pasar Tanah Abang

Masjid Istiqlal